Video ni saya gunakan dalam persembahan multimedia. Bbb ini kita boleh gunakan bila nak ngajo tajuk TERANG DAN GELAP dan seingat saya DST Th 2. Bebudak suke, komepun bangge. Tak gitu?
http://www.youtube.com/watch?v=vUmqRA_PdoU
Monday, December 10, 2012
Eksperimen Sains
Sememangnya kanak-kanak suka bereksperimen (jika berpeluang) tentang pelbagai perkara. Sebagai guru, saya menyarankan pembelajaran secara 'hands on' ini wajar diterus dan diperkayakan lagi. So tunggu apa, cepatlah ajak anak-anak didik kita ke makmal Sains. Opss, cuti sekolahler.
http://syimarsogimin.wordpress.com/
http://syimarsogimin.wordpress.com/
Teka teki Teka tekuk
Uhh ngantuk lagi...cari sesuatu jap. Ha dapat teka teki! Lepas baca terus jawab ye.
http://keluargaislamku.blogspot.com/2010/11/teka-teki-lawak-gitu-gitu-apek.html
http://keluargaislamku.blogspot.com/2010/11/teka-teki-lawak-gitu-gitu-apek.html
Sarapan pagi
Sarapan Pagi, Penting atau Tidak
Kembali lagi. Ada orang suka bersarapan pagi. Ada juga tak suka bersarapan pagi. Tapi kes saya ni tak sempat bersarapan pagi. Macamana ahh? Oklah, pesan kepada anak sendiri dan anak-anak murid, kita wajib bersarapan pagi. Banyak faedahnya untuk kesihatan tubuh badan. Mari saya ceritakan kat laman web ni. http://www.majalahsains.com/2012/02/sarapan-pagi-penting-atau-tidak/
Wednesday, December 5, 2012
5 cara mudah untuk bantu Gaza
Mudah-mudahan segala usaha kita diberkati Allah...amin
http://sukakartun23.blogspot.com/2012/11/5-cara-mudah-untuk-bantu-gaza.html
http://sukakartun23.blogspot.com/2012/11/5-cara-mudah-untuk-bantu-gaza.html
Sunday, December 2, 2012
Cadangan RPT
CADANGAN RANCANGAN TAHUNAN TERAS TEMA : DST
PERUNTUKAN MASA TERAS TEMA : DST
PERUNTUKAN MASA TERAS TEMA : DST
-
DIPERUNTUKKAN 60 WAKTU
SETAHUN
- 2 WAKTU SEMINGGU X 30 MINGGU
- 48 WAKTU UNTUK SAINS ( 1440 MINIT/TAHUN)
- 12 WAKTU UNTUK TEKNOLOGI MAKLUMAT (360 MINIT/TAHUN)
- NISBAH 12 : 48 UNTUK TMK : SAINS
- 2 WAKTU SEMINGGU X 30 MINGGU
- 48 WAKTU UNTUK SAINS ( 1440 MINIT/TAHUN)
- 12 WAKTU UNTUK TEKNOLOGI MAKLUMAT (360 MINIT/TAHUN)
- NISBAH 12 : 48 UNTUK TMK : SAINS
Saturday, December 1, 2012
Rancangan tahunan Thn 1 & 2
Alhamdulillah di sini saya dah sediakan panduan untuk anda dan diri saya juga.
http://cikgushamsudin.blogspot.com/2012/01/rancangan-tahunan-dunia-sains-dan.html
http://cikgushamsudin.blogspot.com/2012/01/rancangan-tahunan-dunia-sains-dan.html
Tuesday, November 27, 2012
Peta minda
Saya berminat dengan hasil kreativiti ni. Anda pula bagaimana? Jangan lepaskan peluang...
http://www.petaminda.com/?aff_id=259&camp_id=6
Sunday, November 25, 2012
Friday, November 23, 2012
Pergerakan haiwan
Lihat salah satu video yang dapat menyenangkan lagi proses p&p kita.
http://www.youtube.com/watch?v=e2t7uaUIGvc
http://www.youtube.com/watch?v=e2t7uaUIGvc
Tuesday, November 20, 2012
About kurikulum dan pedagogi Sains.
Sinopsis
Topik ini membincangkan beberapa isu dalam pendidikan
sains. Isu-isu ini berkaitan dengan matlamat pendidikan sains, kandungan
pendidikan sains, pengajaran sains dan literasi saintifik. Baca jangan tak baca.
Saturday, November 17, 2012
Website DST
Assalamualaikum cikgu cikgi, murid-murid dan ibu bapa yang dikasihi. Tahniah kerana anda berjaya mendekatkan hati naluri anda ke blog DST saya ni. Ahah, ada maklumat dan info aplikasi ICT menarik untuk murid-murid dan sesuai juga untuk semua peminat. Laman web DST ini boleh diguna pakai untuk menambahkan lagi pemahaman murid-murid, bahan bantu belajar untuk cikgu cikgi dan juga anda semua. Selamat mencuba...
http://www.zoodles.com/free-online-kids-games/4-year-old
http://www.bbc.co.uk/schools/scienceclips/ages/5_6/science_5_6.shtml
http://www.nickjr.com/printables/go-diego-go/learning-pages_nature-science/4-5-years/index.jhtml
http://www.brainpop.com/
http://www.zoodles.com/free-online-kids-games/4-year-old
http://www.bbc.co.uk/schools/scienceclips/ages/5_6/science_5_6.shtml
http://www.nickjr.com/printables/go-diego-go/learning-pages_nature-science/4-5-years/index.jhtml
http://www.brainpop.com/
Friday, November 16, 2012
Thursday, November 15, 2012
DST-Subjek baru KSSR
Mata pelajaran baru, Dunia Sains dan
Teknologi akan diperkenalkan bagi murid Tahun Satu mulai tahun 2011
untuk menggantikan subjek Sains di bawah Kurikulum Standard Sekolah
Rendah (KSSR).

Subjek baru itu akan memberi pendedahan kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) secara praktikal atau `hands-on’ bermula Tahun Satu, sekali gus membolehkan mereka memanfaatkan ilmu itu merentasi kurikulum untuk pembelajaran subjek lain.
Selain itu, mereka juga akan mempelajari asas sains hayat, sains fizikal dan sains bahan yang diberi penilaian berasaskan sekolah melalui kaedah pemerhatian secara berterusan serta pelbagai pendekatan meliputi secara bertulis dan projek ditentukan guru.
Presiden Kesatuan Guru-Guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB), Mohamed Sabri Mohd Arsad, berkata guru yang terbabit dalam subjek baru itu sudah mula menjalani kursus peringkat daerah.
Mengikut sukatan pelajaran Dunia Sains dan Teknologi, murid Tahun Satu akan didedahkan kepada penguasaan ICT bagi enam minggu pertama yang memfokus kepada kemahiran menggunakan aplikasi dan program komputer.
“Pada dua minggu pertama, murid akan mempelajari Microsoft Word, diikuti Microsoft Power Point pada minggu ketiga dan keempat, manakala minggu kelima dan keenam pula didedahkan kepada Painting.
“Bagaimanapun, penguasaan kemahiran ICT ini tidak akan dinilai sebagai subjek peperiksaan, sebaliknya didedahkan kepada murid Tahun Satu sebagai menyuntik nilai tambah dari segi kreativiti dan inovasi.
“Selepas pendedahan enam minggu, murid akan mengasah dan memantapkan kemahiran dikuasai itu secara berterusan dan menggunakannya merentasi kurikulum untuk membantu keberkesanan pembelajaran mata pelajaran lain,” katanya kepada Berita Harian, semalam.
Dari segi pengisian kurikulum Sains pula, Mohamed Sabri berkata, sains hayat akan mendedahkan murid Tahun Satu kepada pembelajaran objek hidup seperti manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan, manakala sains fizikal berkaitan semua jenis deria, dan sains bahan pula membabitkan teknologi serta kehidupan lestari yang merangkumi cipta bahan dan reka bentuk.
“Pengajaran subjek Dunia Sains dan Teknologi untuk murid Tahun Satu ini membabitkan dua waktu seminggu di mana mereka akan banyak terdedah kepada proses pembelajaran menyeronokkan menerusi kaedah inkuiri, iaitu secara dapatan dan penemuan menarik,” katanya.
Bagaimanapun bagi memastikan pelaksanaannya berjalan lancar, Mohamed Sabri berkata, Kementerian Pelajaran perlu bertindak proaktif melengkapi semua sekolah rendah dengan kemudahan makmal komputer atau sekurang-kurang peralatan komputer di setiap kelas Tahun Satu menjelang sesi persekolahan tahun depan.
“Masih ada sekolah rendah yang tidak memiliki kemudahan makmal komputer atau peralatan itu di bilik darjah. Sekiranya tidak ditangani segera, dikhuatiri akan menjejaskan matlamat pelaksanaan KSSR,” katanya.
(Sumber: BHarian: 12/10/2010)
Subscribe to:
Posts (Atom)